Salah siapa agaknya??
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.
Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia
ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,
macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah
panggil aku MAK!

jadi siapa salah agaknya?
Hadiah yang TERBAEK untuk Sesorang...!!
¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.
¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.
¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan.
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.
¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.
¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian.
¤ Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan.
¤ Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.
¤ Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.
¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.
¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat.
¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaan.

hadiah yg baek untuk semua ialah...::senyuman::.
Bila kucing ketakutan..!!!
Korang penah tak merasa takut? Yer perasaan takut, bila mana adrenalin dirembeskan korang takkan ada masa sedikit pun untuk memikirkan mengenail apa-apa melainkan korang SELAMAT. Kucing kat gambar yang korang tengok tu adalah contoh yang terbaik. Oleh kerana perasaan takut yang melampau-lampau, kucing ni mungkin tidak menyedari bahawa dia telah memanjat setinggi 15m (50 kaki) sepohon pokok bunga kaktus dan stay kat sana selama 6 jam hanya semata-mata nak lepaskan diri dari singa gunung..WOW!!
Kebaikan Bersenyum dan Ketawa..!!!
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.Jadi sentiasa la 'BERSENYUM DAN KETAWA'.

Pages

Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver